Monday 28 March 2011

Smpai TanahMelayu

Pehh..setelah berhempas pulas hampir 24 jam akhirnya sampai juga ke tanah tumpah. Syahdu juga rasa lama tak balik. Selalu bila balik ade org pickup, but as usual kena urus sendiri. Namun sudah biasa dgn suasana begini........

Bila nak keluar tu ramai betui anak2 gadis belasan tahun menunggu di Arrival ni. Datuk Lee Chong Wei ke baru balik dari All England, but dia menang  last week semasa aku sekeluarge travel ke Portsmouth. Apa plak bdak2 ni nak berkumpul ramai2........ namun malas nak layan or even letih nak snap gambar. Yg penting aku perlu cari teksi ke Bdr Baru Bangi

Setelah dpt naik teksi, pehhh...lega sikit. Beg banyak juga, but tak berat. Tambang teksi dah naik, but apa situasi semasa mereka dr segi servis........... itu yg juga penting, bukan hanya harge je naik...

Sempat berborak2 sepatah dua tapi, si pemandu ni just x layan sangat...
"Dlm hati kata, payah la kita nak mencapai negara maju.............teksi airport merupakan antara 1st impression kpd industri perlancongan kita. Setelah lebih 10minit, tiba2 dia berbicara......... may b dia mendengar gelombang yg ku pantulkan secara maya.."""

Pemandu teksi: Saya ada berbual dgn sorang abang tu yg datang dr Sarawak, dia bawa famili ke KL utk anaknya menonton konsert 'Special Force' iaitu artis lelaki berkumpulan dari Korea. 

Aku:Wooww...patut banyak anak gadis2 tak kira bangsa dengan lensa kamera di tangan tadi.....
May b ini new trend of Korean wave.

Pemandu teksi : Abang tu kata tiket konsert aje, mencecah RM600. Mahal sungguh.....

Aku: Ini sungguh menakjubkan utk generasi baru Msia



Lenggang airport kita, knape begini. LLCT ramai lo kot....sesuai dgn ekonomi semasa




Setelah sejam, aku pun tiba d Bdr Baru Bangi sekejap utk meletak barang sebelum ke kampung halaman d Utara Tanah Melayu....tak sabar ni..

Dubai Airport


Smpai aje di Dubai jam 1200 tengah mlm, tapi connecting flight sekitar jam 0400 pagi. Apa lagi pusing2 kat airport la. Namun sebelum memasuki airport perlu security check dulu, slow pulak tu pelbagai komen dari penumpang yang baru turun dari A380. But betul la slow, even airport boleh dikatakan canggih dan baru, kenape yek. Daripada komen penumpang yang biasa  dgn Dubai Airport ini disebabkan kebanyakan pekerja yg diambil adalah daripada kampong mereka iaitu India dan Bangladesh. Memang betul pun…………… udahla  bahasa Inggeris berterabur nak faham. Tidak melambangkan seperti kecanggihan airport Dubai. Itu pentingnya human capital, sebab kecanggihan bangunan memang cepat dilakukan, but pembangunan human capital perlu dilaksanakan juga..Then jika ambil foreigner aje bekerja boleh aje, but rasa self of belonging utk menonjolkan identiti negara itu amat kurang menyerlah.


Destinasi seterusnya ia merayau-rayau di Airport Dubai, peh!!!!! Ramai sungguh orang walaupun tengah malam. Banyak betul kedai2 souvenir…apa lagi dalalm ingatan FridGe Magnet koleksi isteri tersayang. Belek punye belek,  ade juga yg menarik tapi kena tukar duit dulu. Brape plak exchange rate dgn Pound. Akhirnya tukar GBP 15 dapat  UAE 81. So banyak jugala, kira ringgit lagi tinggi nampaknya. Sempat juga cashier tu Tanya aku.....Are you Filipino????? Ramai minah2 Filipino ye, No Malaysian, our face look the same because we are from ASEAN…yayayyaya. Perut lapar pulak, ingat nak carila Kebab ke kan, dah kat Negara arab. 

Pusing  sampai fikiran pun terpusing tak terjumpa juga kebab ana yang terasa nak makan. Dijadikan cerita, just makan di Burger King 1 set burger UAE20. Boleh tahan juga mahalnya. Berdasar congakan aku 2x juga dgn Msia. Duit murah drp Msia, but cost nak makan tinggi……. So Msia lagi untung la kiranya utk membeli belah.  Sambil2 mencongak tu meminta cili juga, tak nak tomato la……biasale memilih.



 AED20 utk set ni......boleh tahan

Setelah perut  stabil, aku just window shopping compare harga. Sempat mengintai2 jersey 2010/2011 Manchester United. Pehh!!! Harganya mencecah UAE250, jika  dlm GBP50. Ayoyo…mahalnya….. aku beli just GBP31 skali dengan delivery tu……… kat mana kampong Oxford la..kedai mana…….ehhehe…order kat blog le…jawabnya.. 

Aku decide tak nak beli apa2, since tak ingin menambahkan berat beg yg sudah pun berat digalas. Nanti balik semasa connecting kita beli…….. lampu Alladin ok kot… or Unta Magnet…or Buruj .So terus berjalan  mencari GATE 120, aduhai….jauh juge utk smpai ke sana. Mana ni jauh lagi ke,  letih berjalan ni. Hampir 20 minit berjalan dgn kelajuan 3km/h akhirnya sampai ke GATE120 yang dikelilingi dgn pohon2 tamar. Depa bela pokok2 tamar ini sebagai lambang di negeri Arab.







Tamar.... d merata2 tempat.

Banyak jemaah Msia yg baru balik dr Umrah...cuti skolah la











Tiba masanya  sekitar 0400am kami dibenarkan meanaiki pesawat. Aku nak lena, la…. Azam tu. Naik aje kat atas, tempat dah kena kebas, complaint kat stewardes minta dia uruskan. Jadi berlakula pertukaran tempat, akhirnya aku dok kat sebelah couple. Mula2 aku just keep quite but after certain period I’m feel bored. In fact our flight has been delayed because still hasn’t  got clearance from Air Traffic Controller(ATC). 

Sosek-sosek memasang telinga  apa bahasa dia org cakap….. ahhaahaha Frankreich aka France. So apa lagi aku pun mencelahle, Are you guys from France,,Yaya…… we are from Paris. Entah macamana tiba2 dia cakap their grandfather is from Morocco. We just married, patutla daring semacam……… so you guys go to Msia for honeymoon. Vei, Vei……jawab hubby dia, Nono……jawab yg pompuan. They told me , 2 years  ago  they  visited Msia.  So this time more interesting they are husband&wife. Dipendekkan cerita, selepas pesawat dah take off, kami dah slow down berbual. Aku pun dah letih dan bersedia melelapkan mata.

Bangun tidur tak  tahu la berapa kali, makan pun boleh la tahan……… but layanan more polite than drp London. Sudah boring tidur aku  layan tengok Sosial Network. Best juge cite ni, but malangnya tak sempat habis. 

Kesimpulan yg aku dpt Mark Zucker pengasas FaceBook ni melalui pelbagai ranjau sebelum berjaya mengumpul berbillion  USD. Jika yg belum menonton aku cite sikit la, sebenarnya  dia dan roommatenya develop suatu system social utk berkenalan saja seronok2. Apa yg mereka suka ialah bila traffic yg melawat  sistem  mereka mendadak meningkat. Bangga dia org, ni…….. biasala student2 Stanford U ni buat keje giler2. Sebab abg dia orang dulu pun macam tu , seperti SUN system, Google dan itu aje yg ingat. 

But at the same time, Harvard U pun ade buat similar system. So HV U developer sudah saman dia orang utk dapt kan Intelellectual Property(IP)  mengenai system social ini. But at the  same time Zucker mula Nampak ade potensi utk maju dan mula mencari pelabur kepada system mereka. Pergi sana sini, biasala kena turn down………….. until la dia jumpa Founder Napster- Shawn kot….. baru start aktif, sebab Napster pun dulu di reject oleh investor. So kira jumpa org sekapala la…….. then baru start seriously business model. Apa…lagi…tunggu la  nanti  bahagian seterusnya. Kan saya cakap belum sempat habis……tunggu….


Heathrow ke Dubai dgn A380-800

Setelah GATE mana dimaklumkan, aku terus menuju ke sana.  Kat Waiting area area ini juga banyak restaurant utk makan seperti Starbuck, Susshi pun ada dan lain2. Tercari-cari juga ad eke restoran halal, pekena kebab ok juga……… taka de la jawapananya, malang.  Waiting area d Heathrow ni penuh dgn manusia, aku sempat menjamah Amaricano Coffee & Butter Croisant….okla boleh tahan, tadi di rumah dah pekena maggi goreng. Dok mengidam hidangan sedap dlm flight nanti…tunggu citenya.  Sempat snap gmabar-gambar kat sini….

Sempat pekena Coffe Americano & butter croisant

Sushi pun ade...


Boleh shopping lagi kat Harrods

 Sibuk betul Heathrow


Sesudah check-in , apa lagi pehhhh…..tersergam gagah sang burung A380-800 Airbus di depan mata. Ini kira kali pertama aku bertentang mata dgn pesawat terbaru Airbus ini, dulu pernah ternampak semasa ia melakukan pernerbangan percubaan dan berligar-ligar di sekitar KLCC. Terkejut ingat 2nd 9/11….rupanya A380 melawat Twin Tower.

Apa lagi pucuk di cita …… snap habis2  A380 sambil posing. Apa nak  endahkan org lain, rupanya bukan aku aje ramai  yang tidak melepaskan peluang tersebut.  Menakjubkan ciptaan manusia abad ke-21, aku mengikuti juga dokumentri pembuatan pesawat menakjubkan ini semasa disiarkan di Astro Ria. Yang best CEO dia kena pecat selepas beberapa siri delivery model terbaru ini tidak memenuhi dateline. Aku masih teringat situasi ini, kerana  aku masa itu juga bergelut menyiapkan projek. Hampir 3 .5tahun bergelut menyiapkan kerja di Kuantan, dan masa itu management pressure utk menyiapkan projek yang telah delay. Apa lagi jawab aku,  Airbus pun delay……… itu memori  yg associtate dgn Airbus dan diari kehidupan perjalananku.













Matahari memancar terang benderang dari belakang, jadi golap gambo ni





Masa yang dinanti pantas melewati 1345, yang mana saat memasuki A380 telah tiba. Pehhh!!! Besar giler…… 1st class kat atas menerusi tangga. Berapa entah hargenya……tentu meletupkan.Bila masuk tu sempat memuji stewardess, you looks lovely with the scafft……. Puji bermakna tu, cantik bila pakai  ala2 Arab…….. Tempat duduk aku 3 baris dari depan, so boleh nampak le Head Up Display A380, dengan skrin radar yang hijau berputar2 serta pelbagai instrument canggih manggih.

Selesa tempat duduk dia, besar dgn new entertainment system. Banyak movie, for sure game tak terkira la. Ini kalau ada putera2 aku ini, jenuh main game dia orang. Terutama yang paling kecik Danish telah genap 3 thn. Row aku bertiga, tetapi mamat India sebelah aku lari ke  baris kwn2 dia, lagi best thanks mate. You  giving us more space to put our food…yeah..aha. Dijadikan cerita sorang lagi susur galur India duduk di bhg Aisle di baris aku. Tegur sikit2, borak2…lama2 best plak. Di citizen British, tapi tinggal di Tanzania…..businessman trading stationaries&etc. He just visited his mum in London, hebat tu bila cite pasal business. Tak Nampak sangat bermegah-megah  cite pasal business dia or goring lebih. Biasala suku sakat inikan….pelbagai soalan dia lontarkan kepada aku smpai pening juga. Tanya pasal berapa harga rumah di Oxford, Msia…………. Senang ke nak buat business di Msia. Ewah2!!!!!! Banyak betul dia menaanya teman ni. Aku pun apa kurangnya, sampai tanyakan brape turnover company……… but dia smart…tak nak jawab. KAlau cakap dgn CEO company mesti proud nak cakap berapa kaya company yg dia keje. But bile biz sendiri cover line. Ok Mr. Vinush, I will email to you what have been asked earlier. Hopefully, this will help u&me in the future,ehehe!!!! But tips yg aku dpt drp dia start sikit2, biz must be creative and diversified. Ok……dokey.

Ambil tatapan gambar dlm A380-800, semoga berjumpa di Dubai ke KL


Dah habis baru teringat nak tangkap....lapar sangat




 Sedap betui coconut manggo ni....nak lagi

Layan cite...King Speech kot...... Mamat ni tiba2 naik jadi  raja selepas kemangkatan bapanya. Sepatutnya abang dia replace but since abang tu nak kawin dgn org US, so dia tak qualify to become the King. So mamat tu diangkat jadi King, then dia ni x pandai or nervous bila kena bagi speech.......so utk berjaya dia ade sifu/trainer kpd King. Finally, King manage to overcome his own obstacle..... Kesimpulan setiap kejayaan perlukan banyak pengorbanan.



Tangga tu menuju ke 1st Class and Business Class


 Keindahan langit...... level brape ni....




Borak sampai....letih dgn Mamat ni, at least I learned something from him. Ilmu idak semestinya drp buku je...


Dah dekat Dubai....Msia jauh lagi..ni

 Pemandangan Dubai dr kapal terbang, cantik lampu2....

Nanti kita sambung di Dubai Airport.............Tschuss